Tips Melembutkan Hati Pasangan/Anak-anak

Posted by Lonesome Izz on 5:05 AM
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz

2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.


4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi dan berikan hidayahmu padanya
"

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri



Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

:: Ciri lelaki yg diminati perempuan 2 ::

Posted by Lonesome Izz on 12:02 PM


:.
Kemas dan Bersih .:

 
Ini faktor utama yang selalu ditengok perempuan sebab mata perempuan ni suka benda-benda yang perfect dan kemas gitu. Tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat wajah kacak seperti Anuar Zain, apa yang perlu korang buat ialah ambik berat tentang diri sendiri. Pastikan kalau keluar tu badan bau wangi tak guna perfume pun at least guna la deoderant . Muka tu pulak pastikan dibersihkan guna pencuci muka dan jangan lupa pelembap, ade lelaki yg tak suka pakai benda nie katanya mcm ponde ahaha yg penting rajin2x basuh muka ye cik abg oii . Baju tak payah nak skema sangat tuck in, yang penting kemas..Ok pasal rambut kenalah letak minyak rambut kalau lah rambut tu panjang kn pakai la cekak, kn nampak kemas. Gigi pun penting, tak guna muka smart macam Aaron Aziz, sekali gigi kuning..
 

:. Gentleman .:
 
 Gentlemen nie macam korang buat si - dia merasa di hargai difahami.. contoh kalau keluar selalunya korang yg planning bukan si - dia yg plan.. Bila si - dia muram je.. dekati dia dan tanyakan apa masalah dia... dengar apa yg nk dikatakan... kongsi masalah dengan dia ...Kalau kat dlm bas ke nampak ade makcik diri , korang bangun n bg makcik tu duduk.. hormat orang yg lebih tua..

:. Fahami Si - Dia .:

Kalau si dia mintak jauhkan diri, jauhkan diri. Jangan terlalu mendesak si dia apatah lagi memaksa. Kalau dia nak kongsi masalah, biarkan dia habis cakap dulu, baru korang cakap. Ini tak, asal dia cakap je, kau pun nak cakap. Macam mana nak faham si dia kalau macam tu?

" Benda ni yang ramai lelaki gagal dan punca banyak perhubungan terkucil ditengah jalan. Kebanyakan lelaki tak bersabar dalam cuba memahami diri si dia. Pendek kata, PENTINGKAN DIRI SENDIRI! "


:. Penyabar dan Tenang .:

Sifat ni banyak mainkan peranan. Kalau kena marah dengan lecturer atau berada dalam situasi sukar, korang kena sentiasa amalkan prinsip ni. Baru nampak korang nie pandai mengawal emosi korang. Kalau si dia marah atau apa yang dikatakan bertentangan dengan korang, sabar dulu biar si - dia luahkan  lepas tu baru korang suarakan pendapat korang tapi dengan cara yang melukakan hati si dia . Cuba amalkan "win-win situation". Ops, sabar-sabar jugak, tenang-tenang jugak, tapi senyum jangan lupa.. psst: kadang2x kalau senyum makin buat si - dia naik angin sbb dia anggap kita tak serius.. so kenali sifat dia.



:. Matang .:

Matang ni luas maknanya. dari cara berfikir, berinteraksi, meluahkan perasaan, melemparkan pandangan... membuat keputusan dan lain2x... apa yg penting korang boleh bawa diri korang.. setiap apa keputusan atau tindakan yg korang buat korang kene berani tanggung risiko yg bakal korang hadapi dan tahu cara macam man nak hadapi risiko tu dengan cara yg terbaik.



:. Pandai buat lawak .:

Last sekali pandai ambil hati si dia dengan buat lawak. Tak kisahlah belum kahwin ke, dah kahwin ke, benda ni akan membuatkan seseorang tu 'special'. Tak guna kalau muka hensem, tapi serius je. Kalau aku pun tak suka...Membosankan~~~Tapi nak buat lawak kena tengok-tengok jugak lawak macam mana. Jangan belum kau habis cerita lawak, kau dah gelak dulu sehingga buat si dia terpinga-pinga sudahlah yek..

lain tentang lelaki sila klik link dibawah :
:: Ciri lelaki yg diminati perempuan 1 :: dan Sifat Lelaki

Selamat Hari Lahir Sayang

Posted by Lonesome Izz on 4:19 AM
 
 
" Selamat Hari Lahir Sayang
(n_n) semoga apa yg dihajati dimakbulkan Tuhan dan semoga hubungan kita kekal selamanya ... 
" Selamat Hari Lahir Sayang "
mengingatkan masa sayang menceriakan hari besday izz..sayang nyanyikan lagu besday korea untuk izz...sayang ckp mlm tu malam kita berdua je.. mmg malam tu izz happy sangat2x thanks sayang... kerna mengucapkan 
" Selamat Hari Lahir Sayang "

Hari nie penghujung mac ... hari untuk izz wish sayang tapi sayang macam tak happy...
" izz mintak maaf  "
kalau cara izz wish tu ta kena
izz nie membosankan
" tapi "
walau apa pun
" Selamat Hari Lahir Sayang "

cuaca kat luar hujan lebat, guruh berdentum ... petir sabung menyabung
izz pkai bju syg yg tertinggal haritu diri tepi tingkap memandang awan di langit
(7_7)
menunggu pangilan dari sayang

walau apa pun sayangku
" Selamat Hari Lahir Sayang "
" semoga apa yg dihajati dimakbulkan Tuhan dan semoga hubungan kita kekal selamanya ... "

izz tak tahu ... izz tak pasti ...
sama ada sayang baca nie ke tak ... apa yg penting izz nak sayang tahu bahawa
izz sayang sayang sangat-sangat

" (n_n) <3 ((n_n)) "

Group Murtads in Malaysia and Singapore di facebook

Posted by Lonesome Izz on 5:48 AM

Jika anda sayangkan Islam
" share dan report Group Murtads in Malaysia and Singapore  


[ https://www.facebook.com/groups/378635182156004/ ]
pada facebook "
Bersatu Kita REPORT ! Semudah 1,2,3 # Share Picture OPS Ni Di Wall Masing2 Kalo Anda Sayangkan ISLAM !






Release 10SION

Posted by Lonesome Izz on 4:14 PM

Games Release 10SION ahahaha kasi pecah desktop korunk...game nie dah berkurun lama dah tapi saje nk share hehe boleh kan nk share..

untuk download klik link 10sionnyeerrrrrr  kat bawah

Share |

Merajuk dan Perempuan =.="" haizz

Posted by Lonesome Izz on 9:32 AM



Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga hadir di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.

Mengupas sebab-sebab wanita ‘membuat perangai’, dapat meringkaskannya kepada tiga.

1. Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
2. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka

Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang, straightforward. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.

1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk escape daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
3. Lelaki akan bosan dengan sikap anda dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka berbanding ceria

Episod merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.

Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.

Ini hanyalah dua contoh tetapi pasti mengena ramai pelayar di luar sana. Sikap mengada-ngada wanita dalam perhubungan ini jika keterlaluan akan membahayakan perhubungan

Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. Kita tidak mengatakan bahawa lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku


Para lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau conditioning. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi kerana reward yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu


Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat reward yang dikehendakinya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah


Kuatkan diri untuk buat muka 10 sen apabila teman wanita atau isteri mula berleter dan membuat perangai dengan lebih teruk lagi. Percayalah keadaan akan menjadi lebih baik apabila isteri sudah faham apa yang ingin anda sampaikan


Namun begitu, jangan melakukan teknik ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Dan amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tak tentu hala. Satu perkara lagi yang perlu diingat ialah, apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk

Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Put yourself in his shoes dan jadilah orang yang perlu memujuk selalu, tidak menyeronokkan langsung bukan? Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuashatian dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta
Share |

JoM BoRak- BoRaK